بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السلام عليكم و رحمة الله و بركاته
First of all, den ingin mengucapkan jutaan terima kasih & penghargaan kpd Tuan Tanah (Blog Contengan Jalanan) kerna sudi menjemput empunya diri sbg tetamu undangan bagi menulis dalam blog ini.
Umum mengetahui blog ini adalah kepunyaan seorang awex, tetapi biarlah den x berahsia dgn u all sekalian. Dengan ini diumumkan kpd semua bahawasanya saya dengan ini, sejujurnya mengakui adalah sy dgn ini mengumumkan bahawasa sy adalah seorang lelaki :) suspen x?...hehehe....
Saya bukan gambar sebenar...hehe :p
P'kongsian sesuatu yg indah. Sbg contoh perkahwinan boleh dilihat sbg suatu p'kongsian dlm aspek kehidupan b'keluarga. Berkongsi kereta sbg contoh mampu mngurangkan kesesakan jalanraya. Kong Xi Fa Choi pula merupakan perayaan yg disambut oleh rakyat 1Malaysia. Tetapi usah b'kongsi kasih, buruk padahnya apabila si dia mengetahuinya maka akan t'cetus lah World War III yer :) B'kongsi blog pula merupakan salah satu cara untuk kita melahirkan aspirasi dan luahan bicara mengenai sesuatu isu yg b'legar dlm fikiran kita. Itu lah yg cuba kami praktik kan sekarang, betul x Tuan Tanah?....hehe.....
Memetik tajuk yg sy tulis di atas: Kejayaan Anda Aspirasi Kami, ingin sy b'kongsi dgn kalian semua tentang sebuah cerita yg mungkin boleh memberi motivasi kpd kita untuk terus berjaya. Sekurang2nya, kita perlu rasa bersyukur dgn apa yg ada. Mari kita sama2 memberikan perhatian pd cerita ini.
Dahulunya di Sek.Men. Keb. Ghafar Baba, Masjid Tanah, Melaka sy telah b'kenalan dgn seorang sahabat yg istimewa. Nama yg diberikan Mohd Sukur Bin Ibrahim. Secara kebetulan kami sama2 tinggal di hostel dan berada dalam Kelas Rancangan Khas (RK) di sekolah yg sama. Kelas t'sebut diwujudkan bg memberi peluang kpd pelajar yg tidak mndapat mana2 tawaran ke SBP kerana tmpt yg terhad. Beliau merupakan orang kelainan upaya, namun sgt cekal hati dan semangatnya. Bayangkn ketika form 1 sama-sama tinggal di hostel b'sama rakan2 yg lain malah membasuh bajunya sendiri. Beliau dilahirkan tanpa kaki dan tangan yg sempurna, tetapi beliau mempunyai semangat tinggi jauh drp insan normal yg lain. Satu yg menarik ttg beliau, kami rakan-rakan tidak pernah rasa janggal apabila b'sama dgn beliau, kerana kami melayannya seperti orang normal yg lain. Kadang2 mamat nih bleh tahan gak loyer buruk dia....hehehe....
Pic terbaru Sukur Ibrahim, comel kn.
Selepas SPM beliau mndapat keputusan yg cemerlang dan meneruskan pengajian di UKM Bangi. Course ape den lupo plak, tp penah lah melawat dia di kamsis coz ktorg sama study di mukim bangi nih. Kini beliau menunjukkan kekurangan diri bukan alasan untuk tidak berjaya. Beliau pernah pergi menjelajah ke beberapa buah negara. Pada ketika ini, beliau juga telah membuka sebuah syarikat bersama awex nya (fuyyo dh ade awex, tahniah bro!..hehe) dalam melakukan kerja2 interior design seperti memasang carpet untuk office, masjid dan kediaman, floor n tile dan lain2. Beliau juga sering dijemput untuk memberikan ceramah-ceramah motivasi di pelbagai institusi dan syarikat malah telah beberapa kali ditemubual di kaca televisyen. (den pon xponah kuar tv lg bro....hehe) Oleh itu, sy ingin nyatakan di sini, "Kejayaan Anda Aspirasi Kami" bro!.

Psstt: Boleh Lawati Blog Mohd Sukur Ibrahim di sini --> Aku Tetap Aku
Let's Talk About Peace
- faHmi iBrahim -
Psstt: Boleh Lawati Blog Mohd Sukur Ibrahim di sini --> Aku Tetap Aku
Let's Talk About Peace
- faHmi iBrahim -
No comments:
Post a Comment
by sketcher