Monday, 13 February 2012

Untuk Wanita a.k.a Isteri

15 Anugerah ALLAH Kepada Wanita Tidak Kepada Lelaki






1. Pada suatu ketika di Madinah, Rasulullah s.a.w. keluar mengiringi jenazah. Baginda dapati beberapa orang wanita dalam majlis tersebut. lalu Baginda bertanya, “Adakah kamu menyembahyangkan mayat?” Jawab mereka,”Tidak” Sabda Baginda “Seeloknya kamu sekalian tidak perlu ziarah dan tidak ada pahala bagi kamu. Tetapi tinggallah di rumah dan berkhidmatlah kepada suami nescaya pahalanya sama dengan ibadat kaum orang lelaki.

2. Wanita yang memerah susu binatang dengan ‘Bismillah’ akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.

3. Wanita yang menguli tepung gandum dengan ‘Bismillah’, Allah akan berkatkan rezekinya.

4. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di Baitullah.

5. “Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang mengeluarkan peluh ketika membuat roti, Allah akan membinakan 7 parit di antara dirinya dengan api neraka, jarak di antara parit itu ialah sejauh langit dan bumi.”

6. “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang, Allah akan mencatatkan untuknya perbuatan baik sebanyak utas benang yang dibuat dan memadamkan seratus perbuatan jahat.”

7. “Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang menganyam akan benang dibuatnya, Allah telah menentukan satu tempat khas untuknya di atas tahta di hari akhirat.”

8. “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang dan kemudian dibuat pakaian untuk anak-anaknya maka Allah akan mencatit baginya ganjaran sama seperti orang yang memberi makan kepada 1000 orang lapar dan memberi pakaian kepada 1000 orang yang tidak berpakaian.”

9. “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang meminyakkan rambut anaknya, menyikatnya, mencuci pakaian mereka dan mencuci akan diri anaknya itu, Allah akan mencatatkan untuknya pekerjaan baik sebanyak helai rambut mereka dan memadamkan sebanyak itu pula pekerjaan jahat dan menjadikan dirinya kelihatan berseri di mata orang-orang yang memerhatikannya.”

10. Sabda Nabi s.a.w. : “Ya Fatimah setiap wanita meminyakkan rambut dan janggut suaminya, memotong misai dan mengerat kukunya, Allah akan memberi minum kepadanya dari sungai-sungai serta diringankan Allah baginya sakaratul maut dan akan didapatinya kuburnya menjadi sebuah taman daripada taman-taman syurga dan dicatatkan Allah baginya kelepasan dari api neraka dan selamatlah ia melintas Titian Shiratul Mustaqim.”

11. Jika suami mengajarkan atau menerangkan kepada isterinya satu masalah agama atau dunia dia akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.

12. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga dan menunggu kedatangan suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.


13. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah. Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita (isteri) yang solehah.


14. Salah satu tanda keberkatan wanita itu ialah cepat perkahwinannya, cepat pula kehamilannya dan ringan pula maharnya (mas kahwin).

15. Sebaik-baik wanita ialah wanita (isteri) yang apabila engkau memandang kepadanya ia menggembirakan kamu, jika engkau memerintahnya ia mentaati perintah tersebut dan jika engkau bermusafir dia menjaga harta engkau dan dirinya. Maksud hadis: Dunia yang paling aku sukai ialah wanita solehah.

Subhanallah, banyak sungguh anugerah Allah pada sang isteri. Justeru itu
bentuklah keluarga menjadi keluarga yang bahagia. Bahagia bukan hanya mendamba materialistik semata-mata. Tetapi bahagia akan hadir dalam redha Dia. Kukuhkan iman dalam ketaqwaan, biar derita menjadi ujian, asal penghujungnya sebuah keindahan yang berkekalan.

Kita dilahirkan dalam keadaan lemah dan lembut. Bila kita mati kita lemah dan keras tubuh badan. Bermula dari air yang hina dan berakhir dgn daging yg akan reput dan berbau busuk. Jika kita tidak membersihkan hati untuk bertemu Allah. Alangkah sia-sia nya udara matahari dan air yang sentiasa Allah kurniakan pada kita semua. Buangkan segala sifat keras hati da
n lembutkan lah jiwa kita.

Rasul
ullah S.A.W juga pernah mengatakan bahawa para isteri yang beriman, semasa di syurga nanti akan lebih cantik dari bidadari.

Kasihnya Allah tidak terhingga. Cuma kerapkali kita terlupa atau buat2 lupa untuk mensyukuri apatah lagi untuk menunaikannya dengan sempurna. Adakala pada masa2 tertentu kita sendiri yg merosakkan nikmat yang Allah bagi.

Nikmat memiliki suami kadang2 disiakan2 dengan menderhaka padanya.

Nikmat memilik rumahtangga kita tukarkan ia dari syurga menjadi neraka dunia

Nikmat menjadi ibu kita ketepikan dengan meletakkan kerjaya lebih utama

Nikmat memiliki anak cerdik dirosakkan dengan berbangga2 pada orang lain




Nikmat kadangkala Allah lambatkan atau tidak berikan kpd sebahagian wanita kerana DIA tahu wanita itu mungkin tak sanggup menggalas amanat dihadapannya nanti atau ada nikmat lain yg disimpan untuknya yg akan diberikan kelak.

Kebahagian itu adalah nikmat. Keperitan pula adalah nikmat yg ditangguhkan. Tak ramai orang yg mensyukuri nikmat memiliki suami terutamanya bukan seperti impian dihati. Harus diingat redha suami adalah nikmat yg sgt besar kerana ganjaran pahalanya tidak ternilai. Redha Allah pada Sang Isteri b'gantung kpd redha yg diberikan Sang Suami. Wanita Yang Derhaka pada suami tidak akan langsung mencium bau syurga. Nauzubillah.

Allah tidak menghukum seberat itu kalau bukan kerana ada sesuatu yg penting b'hubung dgn kesetiaan isteri pada suaminya. Walaupun wanita bersifat lemah, namun dia boleh menjadi penghancur atau pembina kejayaan seseorang lelaki itu.

Nikmat hanya akan berharga pabila ia hilang daripada kita.






Petua: Apabila marah, diamlah sejenak. Diam sejenak bermakna kita sedang menahan marah itu pada ketika kemuncaknya. Bayangkan pada waktu itu kita tuturkan kata-kata tertentu, mungkin ia akan banyak mendatangkan kesan buruk - pergaduhan, persengketaan, dendam, pembunuhan, perceraian dan bermacam-macam lagi. Dan biasanya ia akan menjadikan kita 'menyesal', maka kita diam sejenak untuk membiarkan suhu kemarahan itu turun perlahan-lahan.


Last but not least, If couples who are in love are called LOVE BIRDS, then couples who always argue should be called ANGRY BIRDS.
:-)




Let's Talk About Peace
- faHmi iBrahim -


No comments:

Post a Comment

by sketcher